Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 12 September 2011

Solat Istikharah

Sebelum aku bertukar status ke bini orang, aku nak buat solat Istikharah dulu..
Yela nak hidup dengan pasangan kite tu bukan nye sekejap je..Kalau boleh nak sehidup semati kan..

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan kita hanya fikir ketika hendak memilih jodoh.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas,macam ustazah pulak ea..hehehe

Kalau nak beli rumah ke, beli kereta ke, boleh la kite melakukan solat ni...

Waktu yang sesuai untuk melakukan solat Istikharah :

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.



Niat Solat Istikharah :


Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.


Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu..

Doa Solat Istikharah :





Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

sumber rujukan : http://ohislam.com/solat-istikharah/

2 comments:

Mrs Banana (*-*) said...

nice information..;) ko wat ke? sebelum nk akwen nie?hehehhe

mizmizza said...

aku pn nk buat la jgk..hehe